Sabtu, 28 Julai 2012

Koleksi Mutiara Kata Dan Ayat-Ayat Motivasi Yang Menarik



Ayat motivasi dapat menaikkan semangat kita terutamanya pada hari Isnin memang terkenal dengan “Monday Blues” dimana kebanyakkan orang akan menjadi lemau dan malas nak buat apa-apa. Post kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa mutiara kata dan ayat-ayat motivasi yang mampu untuk menaikkan semangat untuk berkerja



Ayat Motivasi dan Mutiara Kata

(1) Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

(2) Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

(3) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

(4) Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

(5) Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

(6) Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

(7) Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
(8) Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

(9) Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

(10) Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

(11) Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

(12) Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

(13) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

(14) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. 

(15) Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

(16) Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

(17) Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.

(18) Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

(19) Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
(20) Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

(21) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Jumaat, 27 Julai 2012

10 Pertanyaan Sebelum Melamar Si Dia


Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa. Tapi sebelum tu adakah korang benar-benar bersedia?

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga? Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Selasa, 17 Julai 2012

Hadis-Hadis Berkaitan Ramadhan

RAMADHAN (رمضان) ialah nama bulan ke-enam dari bulan-bulan Qamariah. Satu-satunya bulan yang disebutkan namanya secara jelas di dalam al-Quran seperti yang terdapat di dalam surah al-Baqarah ayat 185.

HIKMAH PENSYARIATAN: mensucikan diri dan membersihkannya bagi penyediaan untuk bertakwa agar layak memperolehi kemuliaan dan kebahagiaan akhirat.
Nabi saw bersabda:
كل عمل ابن آدم له ، إلا الصوم فإنه لي ، وأنا أجزي به ، والصيام جنة ، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولايصخب ، فإن سابه أحد أو قاتله ، فليقل إني صائم ، إني صائم ، والذي نفس محمد بيده  لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ؛ للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح بفطره ، وإذا لقي ربه فرح بصومه

Mafhumnya: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan dengannya, puasa itu adalah perisai, maka paaada hari yang seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia bercakap keji, dan meninggikan suara (seperti orang bodoh). Jika ada seseorang yang mencelanya atau berkelahi dengannya, maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku seorang yang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad berada dalam gengamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harus di sisi Allah berbanding mau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu pula dua kegembiraan, iaitulah ketika dia berbuka, dia bergembira dengan berbuka puasa, dan ketika bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”  (Lafaz ini adalah berdasarkan riwayat al-Bukhari) dalam riwayat lain di sisi al-Bukhari juga:

يترك  طعامه وشرابه وشهوته من أجلي، الصيام لي وأنا أجزي به ، والحسنة بعشر أمثالها

Mafhumnya: “Dia (orang yang berpuasa itu) meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya keranaKu, puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan terhadapnya, dan sesuatu kebaikan setanding dengan 10 kebaikan yang seumpamanya.”

Di dalam riwayat Muslim pula:

كل عمل ابن آدم يضاعف ، الحسنة عشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف ، قال الله تعالى : إلا الصوم ، فإنه لي وأنا أجزي به ، يدع شهوته وطعامه من أجلي ؛ للصائم فرحتان : فرحة عند فطره ، وفرحة عند لقاء ربه ، ولخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك

Mafhumnya: “Setiap amalan anak Adam akan digandakan. Sesuatu kebaikan setanding dengan 10 kebaikan yang seumpamanya, sehingga ia akan digandakan sebanyak 700 gandaan. Allah swt berfirman: “Melainkan puasa, sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan untuknya. Seseorang yang berpuasa itu meninggalkan syahwat dan makanannya keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya. Sungguhny bauh mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah berbanding bau kasturi.”

Daripada Suhail bin Sa’ad ra, daripada Nabi saw yang bersabda:

إن في الجنة باباً يقال له الريان ، يدخل منه الصائمون يوم القيامة ، لايدخل منه احد غيرهم ، فإذا دخلوا أغلق فلم يدخل منه أحد

Mafhumnya: “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang bernama al-Rayyan, yang akan masuk darinya pada hari kiamat orang-orang yang berpuasa, tidak akan masuk darinya sekalipun seorang selain dari orang-orang yang berpuasa, apabila mereka masuk darinya, pintu itu ditutup, dan tidak ada seorang lain lagi yang akan masuk.”

Daripada Abu Sa’id al-Khudriy ra, rasulullah saw bersabda:

ما من عبد يصوم يوماً في سبيل الله تعالى إلا باعد الله بذلك اليوم وجهه عن النار سبعين خريفاً

Mafhumnya: “Tiada seseorang hamba yang berpuasa sehari pada jalan Allah, melainkan Allah akan jauhkan wajahnya dengan hari tersebut dari neraka sejauh 70  tahun perjalanan.” (al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah ra, rasululah saw bersabda:

الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات مابينهن إذا اجتنبت الكبائر

Mafhumnya: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa antara keduanya, jika pelakunya menjauhi dosa besar.” (Muslim)

Daripada Sahl bin Sa’ad ra, rasulullah saw bersabda:

لايزال الناس بخير ما عجلوا  الفطر

Mafhumnya: “Senantiasalah manusia itu berada dalam kebaikan, selama-mana mereka bersegera berbuka puasa (apabila masuk waktunya).” (al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda:

من لم يدع قول الزور والعمل به فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه

Mafhumnya: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta, dan melakukan perbuatan yang dilarang, maka tiada makna di sisi Allah dari dia meninggalkan makanan dan minumannya.”

Daripada Anas bin Malik ra katanya:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر قبل أن يصلي على رُطبات فإن لم تكن رطبات فتمرات فإن لم تكن تمرات حسى حسوات من ماء

Mafhumnya: “Dahulunya Rasulullah saw berbuka puasa sebelum baginda menunaikan solat (Maghrib) dengan beberapa butir buah Rutob, jika tiada Rutob, baginda akan berbuka dengan beberapa butir Tamar, jika tiada baginda akan meneguk beberapa teguk air.”  (Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi)

DOA BUKA PUASA

Daripada Ibn ‘Umar ra katanya, Rasulullah saw apabila berbuka akan membaca:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَ ابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

Mafhumnya: “Telah hilang dahaga, dan telah basah urat tekak, dan semoga memperolehi pahala, insyaAllah.”  (Dinilai Hasan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)

PAHALA ORANG YANG MEMBERI MAKAN ORANG BERBUKA

Nabi saw bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Mafhumnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, untuknya pahala seperti orang yang berpuasa, dan tidak dikurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Tirmizi)
Galakan bersahur

Bersahur ialah makan dan minum pada penghujung malam kerana niat berpuasa.
Nabi saw bersabda:

فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحور

Mafhumnya: “Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab adalah dengan makan sahur.” (Muslim)

تسحروا فإن في السحور بركة

Mafhumnya: “Bersahurlah kamu semua,kerana sesungguhnya pada sahur itu adanya keberkatan.” (Muslim)

WAKTU SAHUR

Zaid bin Thabit ra berkata:

تسحرنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم  ثم قام إلى الصلاة، فقلت: كم كان بين الأذان والسحور؟  قال: قدر خمسين آية

Mafhumnya: “Kami pernah bersahur bersama Rasulullah saw, setelah bersahur baginda bangun untuk menunaikan solat. Saya bertanya: Berapa jarak diantara azan dan sahur? Beliau menjawab: dalam kadar 50 ayat (al-Quran).” (al-Bukhari)

Wallahu a'lam
Di Copy dari:http://bin-sahak.blogspot.com/2012/07/hadis-hadis-berkaitan-ramadhan.html

Jumaat, 13 Julai 2012

Antara sunnah-sunnah hari jumaat:



Antara sunnah-sunnah hari jumaat:
1. Membaca surah as sajadah dan surah al insan dalam solat subuh
2. Banyakkan berdoa
3. Memperbanyakkan selawat ke atas nabi muhammad S.A.W
4. Memakai wangi-wangian
5. Mandi sebelum pergi solat Jumaat.
6. Memakai pakaian yang cantik
7. Bersugi
8. Banyak solat sunat sebelum imam berkhutbah
9. Datang awal ke masjid
10. Solat sunat selepas solat Jumaat.
11. Diam semasa Imam berkhutbah
12. Membaca surah al Kahfi

Di copy dari:http://suraual-ikhwan.blogspot.com/2012/07/antara-sunnah-sunnah-hari-jumaat.html

Khamis, 12 Julai 2012

22 tanda hari kiamat semakin hampir

1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka...

Di copy Dari: http://suraual-ikhwan.blogspot.com/2012/07/22-tanda-hari-kiamat-semakin-hampir.html

Ahad, 8 Julai 2012

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik






Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..
Sumber: Melayukini


Di Copy dari:http://btmmari.blogspot.com/2012/07/pengalaman-pencuri-kafan-7-jenis-mayat.html