1.Apabila kamu mendengar azan maka tunaikanlah
serta merta walaubagaimana keadaan sekali pun.
2.Bacalah al-quran,tatapilah buku-buku ilmu,pergilah
ke majlis-majlis ilmu,dan amalkanlah zikrullah
dan janganlah membuang masa dalam perkara yang
tidak memberi faedah.
3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa arab
Fushah kerana bahasa arab yangh betul itu syiar islam.
4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun
kerana pertengakaran yang kosong tiada memberi
kebaikan.
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa
berhubung dengan allah itu sentiasa tenang dan tenteram.
6.Janganlah banyak bergurau keran umat yang sedang
berjuang itu bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar
yang diperlukan kerana ianya sia-sia dan menyakiti hati.
8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi
seseorang,mengecam pertubuhan-pertubuhan,dan
janganlah bercakap melainkan apa-apa
yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang
ditemui kerana asas gerakan dakwah adalah berkenalan
dan berkasih-sayang.
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa
yang ada pada kita,oleh itu gunakanlah masa dengan
sebaik-baiknya dan ringkaskanlah
perlaksanaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan