PMR hampir tiba. Kepanasan global telah berlaku dalam diri setiap
pelajar yang inginkan kejayaan dalam peperiksaan. Harus diingatkan jika tiada
niat belajar kerana Allah, maka kita sama dengan orang bukan Islam. Dalam
Islam, setiap umat Islam perlu memulai sesuatu perbuatan bermula daripada niat.
Dikesempatan yang ada ini, aku ingin kongsi kejayaan rakan-rakan atau
adik-adik yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bahkan mereka kuat beribadat
menjelang hari peperiksaan. Peperiksaan ini tidak mengira UPSR, PMR, SPM atau
peperiksaan di Universiti. Kita kongsi resipi kejayaan mereka.
Seorang pelajar lelaki yang pernah menyertai program motivasi anjuran Dr
Tengku Hasmadi di Kuantan yang mendapat 10A1 dalam SPM berkongsi cerita.
Dia merupakan pelajar yang malas
dan leka. Baginya berada di tingkatan 4 adalah masa untuk bersuka ria. Semasa
berada di tingkatan 5, dia merasakan dirinya sudah terlambat dan tidak
mempunyai peluang kerana terlalu banyak ketinggalan dalam pelajaran.
Dalam tempoh 3 bulan sebelum menjelang peperiksaan SPM, baru dia
terfikir akan kepentingan peperiksaan ini. Dalam tempoh itu, dia sentiasa
berjaga malam jam 3 pagi. Dia bangun solat tahajut dan solat hajat serta berdoa
memhon kejayaan daripada Allah. Kemudian dia mula menelaah pelajaran.
Malangnya, apa yang di baca, tidak faham. Namun dia memaksa diri untuk membaca.
Begitulah rutinnya selama sebulan.
Pada bulan kedua, keajaiban berlaku. Otaknya selama ini susah nak faham
dan sentiasa lupa, terus jadi mudah dan
ingatannya bertambah kuat. Apa yang dibacanya terus difahami dan terus ingat
apa yang dibaca. Hatinya tenang, yakin dan terus bersemangat untuk terus
belajar. Dia terus istiqamah mengerjakan solat malam dan mengulangkaji
pelajaran.
Masuk bulan ketiga, keajaiban terus berlaku. Setiap kali dia membuka
buku, hatinya terdetik sendiri. "Bab ini keluar dalam peperiksaan. Kau
hafal formula ini, formula ini masuk peperiksaan. Kau ingat rajah ini, rajah
ini masuk peperiksaan,"
Dia terus ikut gerak hatinya terhadap fakta-fakta yang dirasakan penting.
Apa yang berlaku, sebahagian besar jangkaannya keluar dalam peperiksaan SPM.
Hal ini memudahkan dia menjawab peperiksaan. Dia berjaya mendapat keputusan
yang memeranjatkan iaitu 10A1.
Ia bermula dengan kesedaran 3 bulan terakhir sebelum menjelang
peperiksaan. Qiamullail di isi dengan solat tahajut, solat hajat dan doa. Tidak
dilupakan juga mengulangkaji pelajaran selepas berdoa.
Apa yang menyedihkan, hampir 80% pelajar tidak cukup solat lima waktu sehari semalam. Jika kita tidak
ikut suruhan Allah, bagaimana Allah akan menolong kita. Fikir2kanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan